Rabu, 14 Januari 2009

[Kita boikot atau kita sokong Israel]


Selamat kembali...
Sudah hari yang ke-18 bumi palestine diperkosa dengan rakus oleh jahanam Israel. Apa sumbangan kita untuk menolong saudara kita di sana??? Pernahkah kita berdoa agar kesejahteraan saudara kita terbela??? Pernahkah kita menghulukan secebis belas pertolongan untuk membantu saudara kita di sana???

so, hot topik ketika ini...BOIKOT ISRAEL tapi adakah kita betul2 buat??? Sebagai orang Islam, kita sekurang-kurangan cuba la mengelak membeli barangan Israel. aduhai malangnya umat Islam kalau xnk menolong seagama sendiri...

tapi saya hairan la...kenapa setiap boikot ini xberterusan??? lemahnya iman kita...

Sabtu, 10 Januari 2009

ZALIM YAHUDI

“Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu.” [Al Maa-idah:62]

Untuk melihat gambar lukisan kartunis carlos latuff, sila klik....

http://www.islamonline.net/English/Multimedia/Library/ArtCulture/2008/03/Holocaust/01.shtml

Sabtu, 3 Januari 2009

Orang suruh tulis sgt....

wakaka... nway dikala ke bz an yg amat skrg ini disebabkan aku tgh pratikal di kualiti alam sdn bhd. Aisey...mesti ramai xthu kat maner company ini??? nah.. company ini ialah waste management. so, kiranya semua waste dari kilang2 kat malaysia ini, semuanya akan sihantar di sana kalu company itu xnk buang waste diaorg merata2 didlam hutan. so, cintalah alam kita...

disana tdpt 3 plant. semua ada ciri2 tertentu untuk memlupuskan waste. so, terpaksalah gua belaja untuk setiap satu untuk.kata amek engneering. aku pon pening kepala sbb plant besar sgt...aduh la...

so,kira2nya aku pratikal 6 bulan kat sini. nampaknya mcm 2 la erk...
oh ya... ini website dier..

www.kualitialam.com

Sabtu, 29 November 2008

Terengganu: Bangunan tinggi tidak sesuai???

Mungkin ada diantara kita tertanya-tanya mengapa bangunan tinggi tidak sesuai didirikan di Terengganu. Dan itulah hakikatnya masyarakat tempatan pada minggu ini asyik berbual benda sama sahaja iaitu TERJUN BANGUNAN.
Belum pernah kejadian seumpamanya dilaporkan terjadi di Terengganu setidak-tidaknya untuk sedekad ini. Paling menariknya, perkara ini berlaku selang sehari. Satu di Bandar Kuala Terengganu dan satu lagi di pekan Kuala Berang. Kes pertama berlaku ketika umat Islam selesai solat Jumaat dan pergaduhan antara kumbang and bunga adalah faktor menjadikan kes ini berlaku. Kes kedua pula berlaku selang sehari iaitu cubaan bini kedua bunuh diri dengan sebilah pisau.
Sepintas lalu kalau kita ikuti betul2 kes ini, rasionalnya sebab pergaduhan diantara pasangan masing2.wakaka…. aduhai malangnya…
a) Mengapa mereka berdua melepaskan KEBODOHAN dengan melakukan tindakan mermalukan itu???
b) Kalau nk bunuh diri, xpayah nk tunggu orang lain sampai…terus terjun aje…
c) Memalukan sedangkan kedua-duanya beragama Islam:(

Ahad, 23 November 2008

"Usah pinggir BM dalam subjek Sains & Matematik"

Bahasa Melayu akan menjadi bahasa melukut di tepi gantang
jika Kementerian Pelajaran meneruskan keputusan pengajaran
mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Pada firasat saya sendiri terdapat banyak pro dan kontranya
dengan pelaksaan mata pelajaran dalam bahasa Inggeris
terutamanya tentang memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.
Kegemilangan Bahasa Melayu dapat dilihat berdasarkan sejarah
Kesultanan Melayu Melaka dimana Bahasa Melayu dijadikan
bahasa pengantaraan @"Ligua Franca" ketika itu. Entah dimana
silapnya Bahasa Melayu semakin layu selayu-layunya ketika ini.
Bukan hendak membuka pekung di dada tetapi cuma berfikir
tentang dimanakah hilangnya jati diri rakyat Malaysia???
Nescaya, jika ditanya kepada golongan generasi muda ketika
ini, golongan ini masih tercari-cari rentak dalam pergunaan
bahasa. Maka, Bahasa Melayu dirojakkan dengan bahasa2 lain.
Aduhai malangnya...

Jika difikir bagi pihak sebelah sana,iaitu penggunaan Bahasa
Inggeris diperingkat muda, nescaya ramai menyatakan ada
baiknya.Hal ini bagi mengurangkan kejutan budaya. Maksudnya,
diperingkat sekolah rendah dan menengah menggunakan Bahasa
Melayu tetapi selepas SPM, tiada lagi Bahasa Melayu digunakan.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, pertukaran penggunaan
bahasa ini sedikit sebanyak ada kesan sampingannya.Mana tidaknya,
setelah habis SPM, semua rujukan didalam Bahasa Inggeris.
Wakaka...

Bagi saya, saya tidak kisah apa2 bahasa sekalipun api cuma
terfikirkan negara Jepun.

Kenapa kita tidak boleh jadi macam itu??

Aduhai malangnya Bahasa Melayu...