Khamis, 5 Mac 2009

Info: Halal atau haram ??

hii...
Saya ada info sedikit yang nk dikongsikan bersama. Bacalah...

1. Rest​ran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
i) McDonald
ii) A&W
iii) Secret Recipe

2. Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat
dan piawaian halal :
i) Vict​ria Station
ii) Kam Lun Tai
iii) Lotus Family Rest​ran

3. Rest​ran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
i) San Francisco Steakhouse
ii) Chicken Rice shop
iii) Kiwi Express

4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan
halal JAKIM .


5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh
yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halalJAKIM kecuali kuih
bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran
syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B,
syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.



7. Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam. Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja

8. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

10. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam K wan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese),Chin oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

11. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan prodk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

12. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

13. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

14. Pernyataan mencampurkan minyak vavi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

15. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck mmang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam

Isnin, 2 Mac 2009

Your IP Address

Salam semua....

Untuk kali ini, saya nak berkongsi pasal ip address. ip ataupun nama panjangnya Internet Protocol adalah salah satu cara membezakan antara satu komputer dengan komputer yang lain. Hal ini disebabkan kebanyakkan komputer menggunakan network yang sama.

Just another important, kepada sesiapa yang gemar bermain online game, mengetahui IP address masing-masing adalah mustahak untuk mengelak/ disyaki melanggar peraturan umum bermain online game.

Untuk mengetahui IP address, sila lawati http://showip.net/

Didalam website itu juga terdapat pelbagai info-info yang menerik untuk diketahui.^^
Selamat mencuba...

Ahad, 1 Mac 2009

Badminton dan peraturan Version 2.1

Salam....
Untuk kali ini, saya mahu mengajak geng2 kita mengenali permainan badminton.
Jom kita imbas sejarah badminton dulu...

Sejarah badminton


Badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu. Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi masa lapang. Permainan badminton juga dikenali sebagai ”Poon” di India pada tahun 1800. Badminton diberi nama ”Badminton House” di Gloucestershire iaitu kampung halaman ”Duke of Beaufort”. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan eropah pada zaman dulu.

Kejohanan pertama All England diadakan pada bulan Mac 1898 di Guilford. International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai 9 negara iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Denmark, Belanda, Kanada, New Zeland dan Perancis. Dua tahun kemudian India turut menjadi keluarga IBF.

Piala Thomas merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF pada tahun 1948. Piala Thomas adalah kejohanan dunia yang melibatkan pemain lelaki. Selepas Piala Thomas diperkenalkan tahun 1948 beberapa kejohanan dunia lain turut dipertandingkan seperti Piala Uber, Sudirman Cup, World Junior dan World Grand Prix Finals. Perlawanan badminton mula dipertandingkan di Sukan Komenwell pada tahun 1966 di Kingston Jamaica. Selepas menjadi acara demonstrasi di Sukan Olimpik Munich tahun 1972, acara badminton secara rasminya di pertandingkan sebagai salah satu acara sukan di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Permainan badminton dahulunya dikenali sebagai bulu tangkis merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Di Indonesia istilah bulu tangkis masih digunakan. Ia boleh dimainkan secara individu mahupun beregu.


Permainan badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu. Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi masa lapang. Permainan badminton juga dikenali sebagai ”Poon” di India pada tahun 1800. Badminton diberi nama ”Badminton House” di Gloucestershire iaitu kampung halaman ”Duke of Beaufort”. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan eropah pada zaman dulu.

Kejohanan pertama All England diadakan pada bulan Mac 1898 di Guilford. International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai 9 negara iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Denmark, Belanda, Kanada, New Zeland dan Perancis. Dua tahun kemudian India turut menjadi keluarga IBF.

Piala Thomas merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF pada tahun 1948. Piala Thomas adalah kejohanan dunia yang melibatkan pemain lelaki. Selepas Piala Thomas diperkenalkan tahun 1948 beberapa kejohanan dunia lain turut dipertandingkan seperti Piala Uber, Sudirman Cup, World Junior dan World Grand Prix Finals. Perlawanan badminton mula dipertandingkan di Sukan Komenwell pada tahun 1966 di Kingston Jamaica. Selepas menjadi acara demonstrasi di Sukan Olimpik Munich tahun 1972, acara badminton secara rasminya di pertandingkan sebagai salah satu acara sukan di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Permainan badminton dahulunya dikenali sebagai bulu tangkis merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Di Indonesia istilah bulu tangkis masih digunakan. Ia boleh dimainkan secara individu mahupun beregu.

Sabtu, 28 Februari 2009

Tahukah anda??? Version 1.1

1- Sebuah kapal akan tenggelam jika dinaiki wanita mengandung jika kapal yg dinaiki itu adalah kapal selam.

2- Anda boleh menghentikan sebuah bas dgn menggunakan satu jari dengan cara kumpulkan segala kekuatan kemudian tekanlah loceng.

3- Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter? Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

4- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

5- Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem LaDolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

6- Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walau bagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

7- Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

8- Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9- Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Sabtu, 14 Februari 2009

F1 : cabaran anda...

hi....sape berani try la...
tapi kena tggu lama ckit la..dier nk loading agak lama la..sabar3 erk..
sila postkan ur best lap..
kita wat game ^^