Khamis, 12 Jun 2008

Siswa terbeban harga petrol naik



Sebagai seorang pengguna selaku mahasiswa saya merasa terpanggil untuk turut memberi respon terhadap isu hangat ketika ini iaitu kenaikan harga minyak 78 sen menjadikan harga petrol RM2.70 seliter dan kenaikan RM1 bagi diesel menjadikannya RM2.58 seliter.

Saya berpandangan pemberian RM625 dan RM150 kepada pemilik kenderaan yang berkaitan adalah bagus, namun ia bukanlah satu penyelesaian jangka panjang sedangkan pengguna masih lagi menanggung beban memandangkan minyak kenderaan perlu diisi selalu.

Jika sebelum ini hangat membincangkan kenaikan harga beras yang melampau disebabkan kekurangan bekalan padi dan beras, yang dirasakan sangat terbeban dengan perkara demikian.

Belum pun hilang bebanan kenaikan harga beras, hari ini kita dikejutkan pula dengan kenaikan mendadak dan dirasakan sangat tinggi terhadap harga petrol dan diesel. Hal ini amat dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan para mahasiswa.

Utk matlumat selanjutnya, sila layari http://www.malaysiakini.com/letters/84064

Tiada ulasan:

Catat Ulasan