Sabtu, 25 September 2010

Menghapus jejakmu

Salam semua...

Orang cakap,kalau dah bercinta, memang payah nak melupakan si dia yang pernah kita sayang. Sekarang saya akui memang payah untuk melupakan segala2nya. Adakah saya seorang yang lemah untuk melupai si dia?

Tidak mungkin melupakan si dia. Sekurang2nya dapat kembali kepada kehidupan yang asalnya.Hidup sendiri tanpa si dia. Mencari kenikmatan hidup berseorangan. Ada nikmat ke hidup sendirian? argh...

Padamkan semua picture,hadiah atau segalanya yang ada pada kita. Usah biarkan minda2 berputaran memikirkan si dia. Busykan diri dengan career. Ya... saya sudah berjaya.Cuma kadang2 perasaan itu kembali lagi...

Lepaskan semua di dasar lautan.Lenyapkan di celah2 batu karang.

Saya berharap dapat iktibar apa yang sudah berlaku walaupun sudah lama peristiwa itu berlaku. Saya tidak pernah untuk tipu diri saya dan pastinya mahu menjadi diri saya lebeh baik diwaktu masa datang.. AMIN





next story ~~~

Selepas seminggu bercuti, kita kembali kehidupan sebagai kuli. Kerja dan kerja mencari sedikit wang untuk survival hidup. Oh penat...

Kerja makin lama makin banyak dan tekanan makin tinggi. Memang wang hasil kerja yang dibayar adalah untuk tekanan yang dilalui setiap hari. Makin tinggi tekanan,makin tinggi bahaya yang dihadapi, makin banyaklah wang kita perolehi.

Berbaloikan kita mencari duit seharian? Keluar rumah pagi dan pulang lewat petang?

Khamis, 16 September 2010

Akak Comey lagi...

Salam semua...

Hari ini 16/9/2010 = First year kerajaan kita adakan cuti untuk meraikan hari Malaysia. Sesungguhpun saya kurang pasti apa yang dimaksudkan hari Malaysia, saya wakili golongan buruh tetap gembira. Orang kasi cuti, xkan xnak.he3 Thanks Najib. Yeah....kitaorg sokong hari Malaysia sebab hari public. Lengkali buat lah Minggu Malaysia. Mesti best kan? Angan2 Mat Jenin...ha3 tapi pilihan raya dah makin dekat, saranan oleh saya supaya Minggu Malaysia diadakan amat patut dibuat. ~~~~ lala...

Next story....

Setelah gaduh 2-3 hari, saya tiap2 hari selepas Sembahyang Subuh, saya ada msg akak saya. "akak, saya mintak maaf" tapi xdibalas untuk hari pertama.... dan hari berikutnya, saya tetap hantar msg yang sama. Sama juga keputusannya.... Masuk hari ke-3, tip3. Telefon berbunyi... akak membalas msg saya. "akak maafkan" Hati saya xtahu nak cakap apa lagi... Sememangnya saya ingat akak saya dah xnk kawan saya lagi... Lepas 2, baru lah saya tahu, akak saya dimasukkan hospital. Sebenarnya akak saya ada sakit belakang tapi kalu orang lain xknal akak saya, orang xkan tahu akak saya sakit atau x. Sbbnya akak saya easy goin punya orang..happy2!!!.

So hubungan saya ngan akak comey saya dah OK!!. tapi akak saya bagitahu saya akan dia kecewa dengan saya. Tapi dia xnk marah saya. "akak xde hak nak marah" Sejujurnya, sememangnya akak saya berpendapat macam itu. "akak xnk kalau akak marah wan, wan rasa kecewa sebab wan belum matang lagi"  Saya cuba jelaskan apa yang saya mahukan. "Saya sememang nak akak marahkan saya kalau saya xmatang" " Kalau akak xtegur saya, saya xtahu saya betul atau salah dan sememangnya saya mahukan akak tegur saya. Kalau akak marah saya, bermakna akak sayangkan saya. Itu aje..yang saya mahukan akak"

Last2 sekali, kitaorang dah capai kata putus.  

"akak akan jaga wan"

Saya dah xtahu nak cakap apa lagi. Terima kasih Tuhan. Saya amat bersyukur. 

Isnin, 13 September 2010

Akak Comey

Salam Raya Salam Syahwal Salam Kegembiraan
Pejam celik pejam celik dah 4 hari kita raya...pusing2 umah anak beranak,kawan,cikgu still belum habis. Wajib pergi jalan raya? Wajib sbb diaorg la best!!! Terutama kenalan zaman sekolah sbb banyak cerita/pengalaman zaman muda2( aku belum tua ok) dikongsi bersama.Tersemat dalam igatan yang akan diabadikan selamanya....

Selamat Hari Raya...


Setiap orang mesti ada seseorang kawan atau lebih elok dikenali kawan rapat untuk dikongsi kisah hidup. Oh ya... bf/gf bukan apa yang aku maksudnya... kawan rapat yang sama2 memnempuh alam dewasa bersama. Yang boleh berkongsi idea,pendapat,perasaan bersama... atau mungkin bagi sesetengah orang itu lebih mendalam apa yang mahu dikongsikan....

Oh ya.. aku sama mcm sume org.Aku ada sorg akak,umur 29 thun yang ku anggap sebagai akak angkat. Aku kenal dier melalui laman sosial,facebook.Skrg ini dah lebih 6 bulan aku ngan dier berkawan. Yang menariknya pasal dier yang aku suka...dier mmg baik dan nyata amat mature daripada aku. Aku gemar tanya dengan dier pendapat seorg yang lebih makan garam daripada aku.

Mungkin sesetengah perkara, kitaorang xsebulu/ xsependapat, tapi bagi aku, aku respect pendapat dier dan dier pon aku rase respect dengan pendapat aku...kitaorg share sume liku2 kehidupan..nyata hubungan makin hari makin baik...

oh ya... aku mmg suke paggil dier akak comey sbb bagi aku, dier mmg comel bukan dari fizikalnya, rohani pown aku mmg suka. Bab kata orang, kalau kita nak jadik baik, kena la kawan ngan orang baik. so itulah aku.Dengan dier aku tenang sbb aku mgg respect ngan dier. sbagai sorg kawan, sbgai sorg kawan baik dan sbegai seorg akak...

tapi hubungan aku ngan dier sudah berakhir, dier dah xnk berkawan ngan aku lagi. mungkin silap aku jgk..aku lebih kebudak2an... ntah lah... yup..mmg aku still budak2 dan perangai aku belum berubah.Kadang2 aku terfikir jgk, kenapa setiap kali aku knal ngan seseorang, dier akan lari ngan aku? Dan sikap aku yang suka berterus terang, suka bercakap apa2 sahaja mungkin menyakitkan hati dier... sebenarnya bukan maksud aku untuk menyakiti hati dier... aku cuma tanya pendapat. tapi mungkin dier sudah menyampah ngan perangai mengada2 aku...

ntah.... aku xtahu apa yang diungkai lagi...

kalaulah akak comey saya baca post ini, saya sangat sayang dier...
Please....
Kemabalilah akak comey


Sabtu, 11 September 2010

Snap!!!

Salam semua yang mengenali diriku atau yang langsung xknal, moga2 sume berjalan/berlari dalam keadaan OK. Kali ini isu snap!!!.. Isu apakah ini? 

Modus operandi isu kali ini adalah disebabkan handphone W910i sudah kembali ke pangkuan tong sampah. Mmg sudah ajalnya kerana tidak mampu berkhimat lama dengan tuanya. Dengan hati kesat, aku terus membaling ke dalam tempat yang sepatutnya, tong sampah.arghh...


Masa depan, planning baru. Kenapa phone aku mudah rosak? mahu ubah cara pergunaan atau ubah taktik? aku dapat rasekan ubah taktik pendekatan adalah cara yang berkesan.
Soklan: Kenapa anda perlukan phone?
Jawapan: sbb nk call dan msg disamping picture
Soklan: Call ngan msg peting sgt ke?
Jawapan: Penting lol.Mangkuk punya soklan.
Soklan: Picture?
Jawapan: kadang2 penting.kadang2 xguna pown

Idea datang lagi dan last2 aku dah buat keputusan.

Phone murah2 + camera yg affordable = phone mantap

Nah...equation ini aku rase mampu atasi masalah aku. beli phone mahal pown, asyik nk rosak aje. Perangai mcm ini la aku perlu atasi. Dengan adenya 2 items, aku dapat elakkan totally lost. yeah... aku mahu beli camera..tapi aku belum decide lagi..phone murah banyak.so aku xperlu risau akan itu...

tapi ape2 pon yang aku rancang, aku mesti laksanakan dengan teratur. 

selamat shopping..yeah...

Sabtu, 4 September 2010

Saya lihat kamu

Salam Ramadhan semua....

Dikala mood raya makin membara dalam hati, adakah kita benar2 dapat apa yang baik yang boleh dikutip daripada bulan keberkatan ini?

Satu cerita menarik untuk dikongsi,
hari ini 4/9,saya dan kawan2 pergi la shopping raya di Sogo. Sapa xkenal Sogo kan? Setelah penat melalui lautan manusia,pelbagai ragam. Ada yang putih ada yang hitam ada yang kurus ada yang gemok.dan bermacam2 lagi ragam manusia boleh dilihat. Ada yang kurang setahun dan ada yang sudah berumur juga mahu menikmati aktiviti riadah bersama keluarga. Menarik dan sungguh unik warga kota kita.

Setelah penat berpusing2 berputar2 di Sogo, kitaorg pown decide nk berbuka di Kampung Baru. Ya... sudah sampai di Kampung Baru,hari sudah lewat.sudah mahu berbuka. so, kitaorg decide nk sembahyang maghrib dulu la.. Selepas selesai sembahyang di Masjid Kampung Baru, baru lah kiaorg cari tempat berbuka.

Seafood restoran, N'lala Seafood. Tempatnya biase tapi yang uniknya, kedai itu dibina diatas rumah lama.Cuma sedikit touch up, jadilah sebuah restoran. Daripada rate 1 hingga 10, saya kasi 7 la sbb secara amnya... aturan design restoran agak menarik.simple dan clean.

Sambil makan, sambil memerhati orang disekeliling kita.Kampung Baru memang menarik. Ramai diantara berbuka secara keluarga ala2 reunion. Sungguh aman dan tibalah satu detik...wuek...

Ada satu group perempuan, bergurau senda sambil isap rokok. Berpakain seksi xingat dunia ini hanya sementara dan yang paling xboleh diterima akal oleh saya, diaorg slumber kiss mulut ke mulut diantara satu sama lain. Mak iah...kalu aku mungkin aku xbiasa dengan cara hidup diaorg. Apakah dengan kiss itu menunjukkan diaorg betul2 rapat diantara kawan2? oh tidak...
Sekarang, aku baru aje sampai rumah, aku masih teringat akan gelagat warga kota.

p/s: insaflah