Salam Ramadhan semua....
Dikala mood raya makin membara dalam hati, adakah kita benar2 dapat apa yang baik yang boleh dikutip daripada bulan keberkatan ini?
Satu cerita menarik untuk dikongsi,
hari ini 4/9,saya dan kawan2 pergi la shopping raya di Sogo. Sapa xkenal Sogo kan? Setelah penat melalui lautan manusia,pelbagai ragam. Ada yang putih ada yang hitam ada yang kurus ada yang gemok.dan bermacam2 lagi ragam manusia boleh dilihat. Ada yang kurang setahun dan ada yang sudah berumur juga mahu menikmati aktiviti riadah bersama keluarga. Menarik dan sungguh unik warga kota kita.
Setelah penat berpusing2 berputar2 di Sogo, kitaorg pown decide nk berbuka di Kampung Baru. Ya... sudah sampai di Kampung Baru,hari sudah lewat.sudah mahu berbuka. so, kitaorg decide nk sembahyang maghrib dulu la.. Selepas selesai sembahyang di Masjid Kampung Baru, baru lah kiaorg cari tempat berbuka.
Seafood restoran, N'lala Seafood. Tempatnya biase tapi yang uniknya, kedai itu dibina diatas rumah lama.Cuma sedikit touch up, jadilah sebuah restoran. Daripada rate 1 hingga 10, saya kasi 7 la sbb secara amnya... aturan design restoran agak menarik.simple dan clean.
Sambil makan, sambil memerhati orang disekeliling kita.Kampung Baru memang menarik. Ramai diantara berbuka secara keluarga ala2 reunion. Sungguh aman dan tibalah satu detik...wuek...
Ada satu group perempuan, bergurau senda sambil isap rokok. Berpakain seksi xingat dunia ini hanya sementara dan yang paling xboleh diterima akal oleh saya, diaorg slumber kiss mulut ke mulut diantara satu sama lain. Mak iah...kalu aku mungkin aku xbiasa dengan cara hidup diaorg. Apakah dengan kiss itu menunjukkan diaorg betul2 rapat diantara kawan2? oh tidak...
Sekarang, aku baru aje sampai rumah, aku masih teringat akan gelagat warga kota.
p/s: insaflah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan