Rabu, 1 Oktober 2008

Satu hari di hari raya...

wah...dipagi yg mulia ini. Mmg bersemangat untuk meraikan hari
kemenangan umat Islam:) Hari bahagia hari mulia.

Hari raya tahun ini tetap sama. Dimulakan aktiviti dengan
memasak menu utama.[ untuk hari raya pertama, semua akan sambut
di rumah nenek] tradisi ini tetap diteruskan. Selepas itu,
kitaorg bakar satey:) Makan pagi beramai2 sementara menunggu p
pergi ke masjid untuk sembahyang raya.

* pergi ke masjid

Keadaannya mcm biasa. Semua org berpakain paling baru:)
tapi selepas selesai sembahyang hari raya, saya teringat
akan sejarah masjid di kampung saya iaitu masjid haji kadir.
Masjid ini dibina atas wakaf salah seorang orang lama kampung
ini, Haji Kadir. Yang uniknya masjid ini adalah masjid
tradisional. Dibina atas kutipan derma orang ramai dan tidak
pernah menerima bantuan dari jabatan agama.kalau adapun bantuan
yang nk disampaikan,semua bantuan permodenan di"reject".
Itulah dia masjid Haji Kadir. Orang2 tua kampung saya tidak akan
mebenarkan sebarang permodenan sekiranya bagunan lama itu masih
utuh. ini berdasarkan hukum meruntuhkan masjid: haram.
kalu sekiranya mahu dimodenkan, semua kayu @ batu hendaklah dijaga
dengan rapi atau diguna semula. Nescaya, benda ini akan menyusahkan
untuk dijaga sekiranya batu @ kayu tidak digunapakai.

* kunjugan sanak-saudara

wah...bukan main best lagi kalau berjumpa ahli keluarga. Ramai
sgt2...Masing2 ada aje cerita yang hendak diceritakan. Meriah.
Apa lagi nk saya katakan... mmg meriah. suasana budak2, suara
orang tua bercakap itu ini....masing2 mahu merapatkan tali
silaturahim:)


P/s: 1) saya memohon segala kelanjuran kata tulus dari hati

2) jom raya

3) kasi lor duit raya ckit:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan