Sabtu, 28 Mac 2009

Apa itu HUDUD???

Sejak pilihan raya kecil parlimen P36 Kuala Terengganu, kita sering kali terbunyi akan isu hukum HUDUD . Apakah itu HUDUD??? Isu ini dimainkan oleh calon PAS, Abdul Wahid Endut, yang berhadapan calon Barisan Nasional, Datuk Wan Farid.

Media massa perdana juga sering kali menbahaskan tentang isu HUDUD. Suka atau tidak tentang perkara ini, perkataan HUDUD sebenarnya dibawa oleh PAS. Apakah HUDUD itu hanya reteorik politik yang sememangnya dibawa oleh PAS atau tuntutan agama ISLAM???

HUDUD adalah hukuman berat yang dikenakan untuk sesuatu jenayah. HUDUD juga boleh dibawakan maksud hukuman daripada ALLAH yang dilaksanakan didunia agar diakhirat dosa-dosa berat yang dilakukan akan terampun. Tambahan itu juga, hukuman ini dinyatakan didalam AL-Quran. Oleh itu, wajib bagi umat Islam melaksanakannya.

AL-Quran menyatakan:

‘The woman and the man guilty of adultery or fornication-flog each of them with hudred stripes…”

“ As to the thief, male or female, cut off his or her hands: a punishment by way example, from ALLAH, for the crime: and ALLAH is Exalted in power. But if the thief repents after his crime, and amends the conducts, ALLAH turneth to him forgiveness; for ALLAH is Olf-forgiving, Most Merciful”

Hukum HUDUD juga meliputi Qazaf (Jenayah zina yang mana tidak memiliki 4 orang saksi), Syurb ( Minuman yang memabukkan) dan Hirabah ( Curi ).

Di Malaysia, hanya dua buah negeri sahaja yang telah meluluskan had HUDUD untuk negeri masing2 iaitu Kelantan dan Terengganu,1993 dan 2002. Tetapi bagi melaksanakan hukum HUDUD bagi kedua-dua negeri itu tidak dapat dilaksanakan kerana melanggar perlembagaan Negara.

Tentang perlaksaan hukum HUDUD untuk orang bukan ISLAM, oleh kerana penduduk di Malaysia 60:40, iaitu orang islam vs orang bukan islam, PAS tidak akan melaksanakan hukum HUDUD bagi orang bukan ISLAM, tetapi Qisas dan Tazir untuk orang bukan ISLAM.

Kenapa anda takut akan HUDUD?

Ramai diantara ita masih tidak yakintentang perlaksanaan hukum HUDUD. Adalah dapat disimpulkan tahap pemikiran yang rapuh, kesian jikalau hukuman dilaksanaan.

Sebagai contoh saya bawakan, kes kecurian. Seseorang yang mencuri buat kali pertamanya, hendaklah dipotong tangan kanannya jika disabit kesalahan. Ramai yang memikirkan perkara ini kejam. Saya ingin bertanya pula kepada orang yang berfikiran sebegitu. Contohnya, orang itu pengedar dadah. Jika disabitkan kesalahan, hukuman gantung dilaksanakan. Adalah tidak kejam?. Adakah hukuman orang putih British tidak kejam berbanding ISLAM?.

Sebenarnya, ISLAM memdidik masyarakat. Cara begitu adalah untuk mendidik masyarakat supaya tidak mencuri lagi. Jesteru, kadar jenayah akan berkurang.

Dari ALLAH kita datang, dari ALLAH jualah kita melaksanakan.

ALLAH MAHA BESAR LAGI MAHA PENYAYANG.

3 ulasan:

  1. tertarik dgn ayat ini "Seseorang yang mencuri buat kali pertamanya, hendaklah dipotong tangan kanannya jika disabit kesalahan"... ttp ia tidak dilaksanakan di masia bukan?

    BalasPadam
  2. ini negara orang islam...bukan negara islam...
    cuba renung2kan

    BalasPadam
  3. kalo pakai hukum nia zaman skang...
    memg xda satu jenayah pun..

    BalasPadam