Ahad, 1 Mac 2009

Badminton dan peraturan Version 2.1

Salam....
Untuk kali ini, saya mahu mengajak geng2 kita mengenali permainan badminton.
Jom kita imbas sejarah badminton dulu...

Sejarah badminton


Badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu. Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi masa lapang. Permainan badminton juga dikenali sebagai ”Poon” di India pada tahun 1800. Badminton diberi nama ”Badminton House” di Gloucestershire iaitu kampung halaman ”Duke of Beaufort”. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan eropah pada zaman dulu.

Kejohanan pertama All England diadakan pada bulan Mac 1898 di Guilford. International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai 9 negara iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Denmark, Belanda, Kanada, New Zeland dan Perancis. Dua tahun kemudian India turut menjadi keluarga IBF.

Piala Thomas merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF pada tahun 1948. Piala Thomas adalah kejohanan dunia yang melibatkan pemain lelaki. Selepas Piala Thomas diperkenalkan tahun 1948 beberapa kejohanan dunia lain turut dipertandingkan seperti Piala Uber, Sudirman Cup, World Junior dan World Grand Prix Finals. Perlawanan badminton mula dipertandingkan di Sukan Komenwell pada tahun 1966 di Kingston Jamaica. Selepas menjadi acara demonstrasi di Sukan Olimpik Munich tahun 1972, acara badminton secara rasminya di pertandingkan sebagai salah satu acara sukan di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Permainan badminton dahulunya dikenali sebagai bulu tangkis merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Di Indonesia istilah bulu tangkis masih digunakan. Ia boleh dimainkan secara individu mahupun beregu.


Permainan badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu. Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi masa lapang. Permainan badminton juga dikenali sebagai ”Poon” di India pada tahun 1800. Badminton diberi nama ”Badminton House” di Gloucestershire iaitu kampung halaman ”Duke of Beaufort”. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan eropah pada zaman dulu.

Kejohanan pertama All England diadakan pada bulan Mac 1898 di Guilford. International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai 9 negara iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Denmark, Belanda, Kanada, New Zeland dan Perancis. Dua tahun kemudian India turut menjadi keluarga IBF.

Piala Thomas merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh IBF pada tahun 1948. Piala Thomas adalah kejohanan dunia yang melibatkan pemain lelaki. Selepas Piala Thomas diperkenalkan tahun 1948 beberapa kejohanan dunia lain turut dipertandingkan seperti Piala Uber, Sudirman Cup, World Junior dan World Grand Prix Finals. Perlawanan badminton mula dipertandingkan di Sukan Komenwell pada tahun 1966 di Kingston Jamaica. Selepas menjadi acara demonstrasi di Sukan Olimpik Munich tahun 1972, acara badminton secara rasminya di pertandingkan sebagai salah satu acara sukan di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Permainan badminton dahulunya dikenali sebagai bulu tangkis merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Di Indonesia istilah bulu tangkis masih digunakan. Ia boleh dimainkan secara individu mahupun beregu.

1 ulasan:

  1. duonestarzblog.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading duonestarzblog.blogspot.com every day.
    payday advance loan
    online payday loans canada

    BalasPadam