Jumaat, 19 November 2010

my pyrolisis plant

Salam satu dunia, salam kebahagiaan kepada semua, salam sejahtera,

urm...tidak banyak untuk diceritakan kali ini tapi saya janji semua tulisan dibawah membawa erti bagi saya sebangai pekerja di sebuah kilang yang baru mahu bertapak.

Advanced pyrotech sdn bhd. Ia adalah nama company saya. Sebuah kilang recycle reused tire kepada light oil diesel,carbon black,NC gas dan juga steel. Satu2 nya teknologi dalam dunia ini yang memproses tire secara berterusan bukannya pada kebiasaanya secara batch.

Nyata cita2 untuk memajukan teknologi ini adalah amat berisiko tinggi kerana tiada plant di dalam dunia ini sepertinya. Malaysia mungkin menjadi negara pertama yang bejaya membina ( InsyaAllah). Satu kebanggaan bagi semua rakyat Malaysia.

Risiko untuk memajukan teknologi ini amat tinggi dan inilah dikatakan mainan perniagaan. Jika anda berjaya, anda mendapat pulangan 10 kali ganda daripada apa yang anda laburkan. Jika tidak, ..... Tapi bagi saya, positif thinking adalah segala-galanya. Impian untuk menjadi yang pertama adalah ego dan kerana ego itulah InsyaAllah kami akan berjaya.

Politik dalaman adalah punca yang saya rasakan masalah utama kenapa plant saya masih lagi tidak beropeasi.Sedih mendengar isu remeh temeh ini tapi inilah sebenarnya masalah utama. Tidak betanggungjawab melakukan tugas di amanahkan dan akhirnya memakan diri.Kini, sudah setahun agaknya proses modification plant masih dilakukan. Penat dan letih bukan ayat sesuai untuk dilafazkan ketika ini.

Menjadi satu kelaziman untuk menyediakan tempat baru, ramai pekerja keluar masuk. Ada yang tidak puas hati, ada yang terpaksa, ada yang suka mengapu. argh..semuanya ada...terutamanya masalah discipline. Bagi saya, semua ini adalah alasan yang tidak sepatutnya diungkapkan. Kalau dah bekerja disesebuah company, kita sepatutnya memberi 100%  sekurang-kurangnya tenaga untuk mencapai cita2.

Dan saya bejanji, saya memcuba untuk menjadi pertama seumpanya dalam dunia ini. Saya takkan lagi daripada cabaran ini. IsyaAllah, mudah2an saya akan berjaya.Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan