Kebelakangan ini ramai org lelaki memakai gelang tangan samaada gelang perak ataupun plastik.Tetapi tahukan wahai kawan2ku, Islam melarang umatnya memakai. Adakah memakai gelang tangan menyebabkan kita rasa up-to-date??? Sudah tentu tidak. Ada juga dikalangan kita memakai untuk perubatan. Saya juga tidak pasti adakah untuk tujuan perubatan betul2 ataupon tok bomoh itu buat bisnis.Jual gelang so at the end dapat la duit..he3 Otak bisnis la kononnya...
*Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki*:-
1) Gelang Kayu Kokka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
*Jenis-jenis gelang yang diharuskan*:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yang telah ditangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
*Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini*
Hadith Imran bin Hussein RA, bahawasanya Rasullulah SAW telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan." Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya."
(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan