Rabu, 25 Jun 2008

PaK Lost...


Dalam kesibukan kita mengejar cita-cita duniawi, hendaklah kita tidak lupa akan akhir zaman. sebagai manusia yang lemah di bumi-Nya, kadang kala kita leka tetapi hendaklah kembali kepada-Nya setelah kamu tersedar.

Petang semalam, saya adalah ber'chating' ngan seorang kawan saya tentang politik masa kini. Umpama dewan rakyat, begitulah perbincangan saya dan kawan saya. Dipendekkan cerita, kawan saya sebenarnya penyokong kerajaan. Pegangan dia terhadap BN agak kuat tetapi dengan pantas dia menjawab dia tidak suka Pak Lah dan Najib Mongolia. Kenapa tidak suka kalau sokong BN?

"sbb dia xde kredibiliti tp klu najib naik pon hancur gak. so aku pon x tau nk sokong ape.dap pentingkan cina je,confirm klu dorang perintah nnt hak melayu terhapus.org melayu lak bodo g undi dap.pas lak,aku x tau ar nk ckp pe.... mungkin dorang boleh perintah,tp aku mcm x yakin..sbb dorang sibuk islam2,org cina n india mesti xnk dorang...itulah ulasan aku"
Sekali dengar macam tidak betul...sekali baca ada juga kebenarannya. Itulah pendapat kawan saya.

Mmm...Agak menarik. Tetapi itulah luahannya... Tepuk dada tanya iman kamu semua.





P/s: Hanya orang tahu akan marah ;)















P/s: "Kamu orang mesti mengubah cara hidup kamu dalam masa ini."- Najib Mongolia

2 ulasan:

  1. hate politic...hahahaaa...

    BalasPadam
  2. tapi politic xleh pisahkan ngan kehidupan sharian...igt 2 sofie ;)

    BalasPadam