Khamis, 2 Oktober 2008

Kiriman sms penganti kad raya.

Perubahan tahap pemikiran sesuatu masyarakat memang tidak
boleh dinafikan. Kalau dulu, kiriman kad-kad hari raya
menjadi amalan, kini amalan tradisi itu makin dilupakan.

Tanyalah diri anda... adakah anda masih menerima kad-kad
hari raya??? TIDAK.

Amalan menghantar SMS muncul apabila industri komunikasi
berkembang maju sejak kebelankangan ini. Sepuntar
persoalan kenapa hal ini berlaku??? Kerana KOS. Menghantar
SMS nyata menjadi pilihan disebabkan kosnya lebih rendah
berbanding kad-kad hari raya.Malah kesibukan dengan kerja
seharian membataskan penggunaan kad raya:( Malang sungguh.

Fakta menarik:

Kad raya = majoritinya RM 1[lagi besar lagi mahal:)]
Sampul surat = 20 sen
Setem = 50 sen

vs

SMS = 10 sen aje @ MMS = [mahal ckit kot]

Masih teringat zaman budak2 dulu..nk tiba aje raya,mesti
fikir kad raya.Mase nk beli kad raya, punya la takut kalu2
ada org mengata sbb kad murah atau kad raya sampai slps hari
raya:([nk hantar awal takut org mengata jgk]

"kalu hantar skrg ini, sempat sampai ke x erk???"

"kalu beli yg 50 sen, org xmengate ke kad raya ini murah??"

Lagipun, skrg ini, banyak SMS @ MMS yang menarik.[Bukan nk ckp
kad raya xmenarik,ok?] Oh ya....kalu kita pergi kedai pon, kad2
raya sama aje tiap2 tahun.xde perubahan:(.Bagi peniaga, kalu
xabes tahun ini, tahun depan leh jual plop[skill si penjual]


Kalau macam ini, kita nak salahkan siapa kalau daya
pemikiran masyakat berubah???

P/s: 1) dah lama xterima kad-kad hari raya:(

2) recyle SMS untuk dihantar kepada rakan2:)

3) SELAMAT HARI RAYA:)

3 ulasan:

  1. saya masih pos kad raya lagi. :D lagi best!! lagipun dah lama x menulis. asyik duk tekan keyboard je. tulis kad raya bleh praktis cantikkan tulisan. hehehhe...

    anyway, Selamat Hari Raya~ ;)

    BalasPadam
  2. huhu..salam ziarah:)

    kad raya tak pos lagi..alaahai..bila ntah nak posnye..

    BalasPadam
  3. pos kad raya menjadi pilihan...walaupun biasanya jumlah yang saya pos lebih dari yang saya terima...amalan tu tetap best!!

    BalasPadam