Ahad, 18 Julai 2010

Oh minyak!!!

hi guys..


Semua orang tahu harga minyak naik. Sana sini bercakap pasal minyak dan minyak. Memang benar sekali, minyak amat penting bagi kita untuk membakar enjin kenderaan tapi tahukah anda apa jenis minyak yang kederaan anda perlu?

Ramai orang cakap RON 92 adalah minyak lama yang mana sesuai digunakan pada kenderaan karburator. Lagi teruk lagi, ramai yang mengatakan RON 92 akan mengotorkan enjin anda dengan cepat. Ada juga yang mengatakan RON 92 tidak POWER daripada RON 95 dan RON 97. Jadi, sebelum kita bercakap lebih lanjut, apa itu RON sebenarnya?

RON bermaksud research octane number yang membawa maksud keupayaan automatic pembakaran minyak dalam engine anda. Dengan kata mudah, RON 97 lebih payah untuk terbakar berbanding RON 95.

tapi apabila kederaan anda mengalami knocking (masalah kenderaan tersekat2 apabila memecut), anda patut bertukar kepada minyak RON yang lebih tinggi. Cuba semak buku matlumat kenderaan anda, pastikan anda guna lebih daripada minimun tahap RON minyak diperlukan.

p/s: Negara Malaysia adalah pengeluar minyak tapi subsidi kerajaan makin hari makin dikurangakn? apa pendapat anda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan