Jumaat, 29 Oktober 2010

Impian

Salam sejahtera dan Salam bulan November, ( ada ke org ucap mcm ini? )

# Story One

Pejam celik pejam celik...dah dekat setahun 2 bulan saya bekerja dengan waste management company ini. Tapi saya rasa belum cukup puas lagi dengan ilmu di dada. Masih banyak yang perlu dibelajar untuk terus maju ke hadapan.( Lompat kerja la maksudnya) Takut pada kemampuan sendiri? Saya boleh dikatakan tidak yakin lagi.

1) Macam mana mahu control man power?
2) Macam mana mahu jadi decision maker yang sempurna?
3) Macam mana mahu manjadi good planner?

Semua soalan diatas akan dijawap menlalui pengalaman kita dalam industry yang kita ceburi. Saya yakin satu hari nanti, saya lebih beryakinan untuk mengalas tanggungjawab yang besar. Oh ya... memang kata orang gaji lebih penting daripada segala2nya. Tapi tidak bagi saya, kepuasan diri untuk menjadi leader yang yakin dan berkemampuan adalah impian utama saya.

untuk sekian kalinya, saya berharap saya dapat menrealisasikan impian saya yang utama

AMIN

Ahad, 17 Oktober 2010

no more sparepart

Hii..
Salam semua yang mengenali diri ini mahupun yang tidak kenal langsung. Buat2 knal pon, saya mahu mengucapkan salam sejahtera ke atas kamu semua. Bulan Syawal sudah berlalu...

No more sparepart.. aik macam pelik aje title post kali ini...

Mahu saya ungkaikan sendikit kata2 yang saya dengar daripada radio semalam.Sebenarnya, ia adalah trademark sebuah movie yang bakal ditayangkan. Minta maaf, saya sudah xingat ape nama movie itu... cuma yang saya tahu adalah trademark sahaja.

Cinta yang dicari xkan kekal abadi,
Cinta sejati akan kekal abadi.

Mendalam juga maksud membuatkan saya tersemyum keseorangan. Terkena batang hidung sendiri. Cinta yang dicari selama ini cuma dimainkan oleh orang. Ya... saya akui saya amat lemah untuk itu. Tuduhan orang lemparkan kepada saya.

Kamu adalah tipikal Orang Terengganu.

Sebenarnya sampai sekarang, saya memikirkan apa yang dimaksudkan tipikal orang terengganu. Kalau ada yang paham maksud nya ,sila terangankan kepada saya... saya memang sudah lama memcari makna tersirat ungkapan yang dilemparkan kepada saya.

3 bulan lepas sudah berlalu dengan pantas. Mematangkan minda saya. Kepada yang berkenaan, saya harus buktikan ungkapan yang anda lemparkan kepada saya adalah tidak benar. Kalau ya saya adalah tipikal orang terengganu, saya juga tidak salah sbb setiap orang mempunyai pandangan masing2. Padangan mungkin mengembirakan kita mahupon sebaliknya.... Bagi saya, ia cuma secebis coretan hidup yang perlu ada didalam diri masing2 untuk terus hidup dan bernafas.

Sekarang, saya amat gembira menjadi tipikal orang terengganu kalau benar saya memang sebegitu rupanya. Saya tetap bangga mewarisi budaya orang terengganu...

Saya tetap orang terengganu dimana2 sahaja saya pergi.

Usah ubah diri anda kerana anda xkan kemana2. Anda cuma menyeksakan diri anda supaya anda nmpak moden, up-to-date tapi anda terkonkong dengan penjajahan fikiran melayu moden..

Saya cuma insan merdeka.

Saya adalah tipikal orang terengganu