Ahad, 17 Oktober 2010

no more sparepart

Hii..
Salam semua yang mengenali diri ini mahupun yang tidak kenal langsung. Buat2 knal pon, saya mahu mengucapkan salam sejahtera ke atas kamu semua. Bulan Syawal sudah berlalu...

No more sparepart.. aik macam pelik aje title post kali ini...

Mahu saya ungkaikan sendikit kata2 yang saya dengar daripada radio semalam.Sebenarnya, ia adalah trademark sebuah movie yang bakal ditayangkan. Minta maaf, saya sudah xingat ape nama movie itu... cuma yang saya tahu adalah trademark sahaja.

Cinta yang dicari xkan kekal abadi,
Cinta sejati akan kekal abadi.

Mendalam juga maksud membuatkan saya tersemyum keseorangan. Terkena batang hidung sendiri. Cinta yang dicari selama ini cuma dimainkan oleh orang. Ya... saya akui saya amat lemah untuk itu. Tuduhan orang lemparkan kepada saya.

Kamu adalah tipikal Orang Terengganu.

Sebenarnya sampai sekarang, saya memikirkan apa yang dimaksudkan tipikal orang terengganu. Kalau ada yang paham maksud nya ,sila terangankan kepada saya... saya memang sudah lama memcari makna tersirat ungkapan yang dilemparkan kepada saya.

3 bulan lepas sudah berlalu dengan pantas. Mematangkan minda saya. Kepada yang berkenaan, saya harus buktikan ungkapan yang anda lemparkan kepada saya adalah tidak benar. Kalau ya saya adalah tipikal orang terengganu, saya juga tidak salah sbb setiap orang mempunyai pandangan masing2. Padangan mungkin mengembirakan kita mahupon sebaliknya.... Bagi saya, ia cuma secebis coretan hidup yang perlu ada didalam diri masing2 untuk terus hidup dan bernafas.

Sekarang, saya amat gembira menjadi tipikal orang terengganu kalau benar saya memang sebegitu rupanya. Saya tetap bangga mewarisi budaya orang terengganu...

Saya tetap orang terengganu dimana2 sahaja saya pergi.

Usah ubah diri anda kerana anda xkan kemana2. Anda cuma menyeksakan diri anda supaya anda nmpak moden, up-to-date tapi anda terkonkong dengan penjajahan fikiran melayu moden..

Saya cuma insan merdeka.

Saya adalah tipikal orang terengganu

1 ulasan:

  1. hidup Ganu!!! hehee...
    cheer up my friend!!
    no matter how hard this life will be, life must goes on...

    BalasPadam